So, korang pernah bawak masuk ke?
Biase lah, time-time exam final nak dekat ni ramai lah yang dah start stadi giler-giler. Ade yang stadi macam mane nak lukis free body diagram. Ade yang stadi proses-proses pembuatan dan jugak material yang sesuai. Ade lah jugak yang stadi macam mane nak bawak masuk nota tanpa di detect lecturer yang jage dewan.
Sebenarnye kan, orang start belajar bawak masuk toyol ni dari tadika lagi. Tapi biase lah, time tu tak sophisticated lagi. Tiru pun takat-takat bukak page belakang, pastu tiru jawapan time cikgu tak nampak. Paling 'up' pun tiru kawan sebelah. Yelah, time tu duduk bersila dekat-dekat. Leher tak jinjang pun boleh copy jawapan sebelah.
Pastu start masuk sekolah rendah, bile time exam sorang satu ade meja sendiri. So nak tiru macam tadika dulu dah tak boley dah. Start ni lah budak-budak belajar bawak masuk nota lipat kecik-kecik masuk dalam poket sekolah. Time cikgu kat depan tak nampak bisik-bisik dengan kawan sebelah. Yang tak kreatif tu takat tulis kat tangan jelah. Ade yang daring tu siap boleh tukar ketas soalan lagi, tolong jawab untuk kawan die. Sebab tulah time sekolah suke cop tempat dekat-dekat dengan gang sendiri. Senang nak tiru =P
Bile start masuk sekolah menengah, cikgu dah start susun tempat duduk ikut name. So nak duduk sebelah gang pon dah tak boley dah. Pastu meja pun dah takde drawer kat bawah. Nak selit nota pun tak boley. Yang lagi strict, siap ade cikgu check poket, pencil box dengan calculator tengok ade nota sorok. Time ni lah ramai pelajar gunakan proverb 'desperate time calls for desperate measures'. Less creative person maybe akan tulis ape yang penting dekat atas meja. Pelajar lain yang still suka gune nota akan upgrade cara nak seludup masuk nota. Ade yang siap sorok nota dalam tandas lagi. Pastu siap buat-buat sakit perut tak tahan nak pergi tandas lagi. Tapi cara ni tak bley buatlah time exam Agama Islam.
Kat universiti pulak lagi lah susah nak meniru. Yelah, tempat exam semua dekat kolej lah, dewan lah, masjid lah. Dah tak boley nak tulis atas meja. Tempat pun terang nak bukak nota sorok-sorok pun tak boley. Senang kantoi.
Typical seating arrangement time final exam dekat UTM |
Kalau time test biase, selalunye buat dekat kelas. Seating dekat-dekat. Orang time ni dah besar-besar sume. So kalau nak letak nota tepi kerusi pun lecturer boley tak nampak. Time ni lah acting skill memainkan peranan yang penting. Takdelah obvious sangat tengok nota =)
Seating dalam kelas |
Tak kirelah korang pernah buat ke tak pernah buat ke, kalau kantoi meniru memanglah teramat sangat parah akibatnye. Especially kalau korang besar panjang dah and time-time exam besar. Kalau mengikut undang-undang universiti, die berhak membuang pelajar tanpa dibicara kalau ditangkap meniru. Buat penat belajar 4 tahun dengan tak tidur malamnye, tengok-tengok tak grad sebab meniru... Biaselah, 'every action has a consequence.'
So, I pernah meniru ke?
Hehe, biarlah ia menjadi rahsia... =)